FORMAT POSTER DAN VIDEO PEMBENTANGAN

Panduan Penyediaan Poster Inovasi

Saiz Poster ialah A4 (landscape atau portrait). Format penulisan adalah seperti di bawah:

  1. Tajuk projek
  2. Nama ketua projek, ahli projek dan institusi
  3. Pengenalan/ Latar belakang
  4. Penyataan Masalah
  5. Objektif
  6. Keaslian
  7. Faedah kepada pengguna
  8. Faedah kepada masyarakat
  9. Potensi komersial
  10. Anugerah Dan Pengiktirafan (Penerbitan, Hakcipta/Cap Dagangan/Paten)

Panduan Penyediaan Video Pembentangan

  1. Video hendaklah mengandungi tajuk projek, nama ketua projek, nama ahli projek dan institusi.
  2. Durasi video adalah 4-5 minit sahaja. Markah akan ditolak untuk video yang melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
  3. Video boleh disampaikan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  4. Video boleh dimuatnaik di dalam you tube channel atau sebarang platform yang bersesuaian. Hanya pautan (link) sahaja yang perlu dihantar.
  5. Setiap video perlu mematuhi kriteria penjurian yang telah dinyatakan.