FORMAT PENULISAN

Format Penulisan Kertas Kerja:

1. MS-Office Word dalam bahasa Melayu, Bahasa Arab, atau Bahasa Inggeris, ditaip langkau 1 (single), huruf Times New Roman fon 12, 10-15 halaman, saiz kertas A4, nombor halaman tengah bawah, tanpa nota kaki, gaya APA.

2. Saiz fon:
Tajuk: Times New Roman, bold, fon 14, center.
Nama Pembentang: Huruf besar pada awal perkataan, bold, saiz fon 12, center. Institusi: Tulis nama universiti atau institusi sahaja. Bold, saiz fon 11, huruf besar pada awal perkataan. Alamat e-mel: ditulis seperti format sedia ada.

3. Format penulisan abstrak:
Perkataan abstrak center, bold, saiz fon 12. Kandungan abstrak tidak lebih 250 patah perkataan. Saiz fon 12. Kata kunci: Tidak lebih daripada 8 kata kunci. Kandungan abstrak perlu dimasukkan pengenalan, metodologi, dapatan kajian dan perbincangan. Abstrak perlu ditulis dalam dwibahasa. Bahasa Melayu dan diikuti Bahasa Inggeris (perlu dicondongkan/italik).

4. Format penulisan subtajuk dan sub-sub tajuk:
Subtajuk: Huruf besar, bold, saiz fon 12. Sub-subtajuk: Huruf besar pada bahagian awal setiap perkataan, saiz fon 11, tidak bold.

5. Penulisan rujukan:
Bold, perkataan rujukan huruf besar, gaya APA saiz fon 12.

6. Penulisan Jadual:
Bahagian atas, santak kiri, saiz fon 11, jadual dinomborkan mengikut urutan dalam kertas kerja. Saiz Fon kandungan jadual, 11.

7. Penulisan Rajah:
Bahagian bawah, santak kiri, saiz fon 11, rajah dinomborkan mengikut urutan dalam kertas kerja. Saiz fon kandungan rajah, 11.

Muat Turun Templat Kertas Kerja Penuh