PENGENALAN

Penganjuran Seminar Inovasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ini bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab. Ia juga sebagai suatu usaha menggalakkan idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi mengenal pasti dan penyelesaian masalah, teknik-  teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif.

Objektif Seminar:

  • Menggalakkan dan meningkatkan kesedaran guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab tentang inovasi.
  • Memberi pengiktirafan dan promosi terhadap hasil inovasi yang bernilai dan berimpak tinggi dalam bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab.